Sunday 1 July 2012

kawan sekian kali


Aku hidup dan bernafas dengan adanya kawan-kawan di sekeliling aku. Aku gelak, ketawa, marah, sakit hati, susah, senang, menyampah, sentap semuanya kerana kawan. Apa itu kawan? Aku suka berkawan. Dan aku mudah menerima kawan. Kadang2 aku juga mudah menjadi lawan. Prinsip hidup aku sekali kita berkawan selamanya tetap menjadi kawan. Dan jika pernah sekali aku berlawan dengan kawan tidak semesti selamanya akan kekal menjadi lawan.

Kawan ketika susah dan senang??? Lapuk! Bagi aku istilah sebegitu dah tak ada lagi zaman sekarang ini. Mungkin ada. Tapi susah. Satu dalam seribu. Mungkin juga satu dalam sejuta. Sebab aku pun sebegitu. Ketika senang, mestilah kawan2 di sekeliling kita pun senang hati bersama-sama kita. Ketika susah? Ada ke? Mungkin ada. Sekadar mendengar sepatah dua kata masalah kita. Kemudian senyap dan perlahan-lahan menjauhkan diri. Seboleh-bolehnya langsung tidak mahu ambil tahu apa-apa lagi masalah yang kita hadapi. Mungkin juga hanya sekadar mendengar di samping memberi nasihat. Mungkin juga mendengar dan mengambil kesempatan untuk menjatuhkan kita. Atau dalam bahasa yang lebih mudah difahami iaitu men"DOWN"kan kita. Itu lumrah. Bukan rekaan, bukan drama swasta, bukan filem Datuk Yusof Haslam. Tapi ini adalah realiti.

Kita susah, dan kawan kita senang. Bila mereka susah, mungkin kita sedaya upaya untuk membantu mereka sekadar yang termampu. Bila kita susah? Ada yang mungkin akan membantu. Ada yang mengelak untuk membantu. Ada yang boleh membantu tetapi tiada rezeki untuk membantu. Ada yang boleh membantu tetapi susah untuk menghulurkan bantuan dan mengelak atas kepentingan diri sendiri. Jadi, tinggallah kita yang senantiasa bersabar memendam perasaan. Saat inilah hati kita tersentap. Mana pergi kawan? Hilang?

Apa erti kawan? apa erti sahabat? apa erti teman? Dulu aku rasa ada beza. Sekarang ini semuanya sama sahaja. Tak perlu percaya lagi dengan istilah KAWAN KETIKA SUSAH DAN SENANG. Dusta belaka. Realitinya, kita hanya berkawan apabila kawan kita senang. Dan ketika susah, kita lah orang pertama yang mengelak untuk sama-sama merasa susah.

No comments:

Post a Comment