Tuesday, 6 December 2011

couple part time (bercinta time belajar)


Berkapel Semasa Belajar : Pendapat Korang?

Kalau kita tengok remaja zaman sekarang ni, kapel dan remaja macam tak dapat nak dipisahkan. Ibarat kalau korang takde pakwe/awek ni macam korang ni kuno sangat. Aku cakap ni sebab aku penah alami situasi ni. Serius.



Aku sangat tak setuju bila budak-budak sekolah yang baru tingkatan 1-5 dah sibuk nak cari pasangan hidup. Lepas tu cari yang sama kelas pulak tu. Mak ayah siap mengizinkan tu siyes aku tak paham. Sporting tak kena tempat.

Macam mana pulak dengan mereka yang bercinta di alam universiti ni? Yang ber'temu jodoh' masa sama-sama belajar dekat matrikulasi ni? Cer jawap cer jawap. Ok apa yang aku nampak lebih banyak kesan negatif dari positif.

Kesan negatif bila berkapel semasa belajar:
Hilang fokus dan matlamat asal masuk universiti.
Masa yang sepatutnya dihabiskan untuk study/buat assignment dihabiskan untuk berborak kosong dalam telefon/pujuk kekasih yang merajuk .
Dating.
Sanggup berjaga malam sebab nak bergayut dengan si dia tapi tak sanggup nak berjaga malam sebab nak solat tahajud.
Sanggup habiskan duit nak belanja si dia makan pizza tapi tak sanggup habiskan duit untuk beli buku-buku ilmiah.
Paling penting, kapel tu jalan menghampiri zina .

Ustaz aku penah bagitau, ilmu itu cahaya. Dan cahaya takkan masuk dalam hati yang penuh maksiat. Oleh kerana itu, sucikanlah hati kita supaya ilmu yang kita dapat akan sentiasa tersemat dalam jiwa. =)

Paling aku tak tahan sekali bila diaorang kapel bagai nak rak, tuptup putus di tengah jalan. Lepas tu kemain la frust menonggengnya. Tapi tengok-tengok tak sampai berapa hari dah jumpa pengganti kekasih lama.

Tujuan korang berkapel?

Ada tu yang bertukar pasangan macam tukar baju. Kapel sebab nak isi masa lapang ke? Atau bila ada kapel barulah tak nampak macam korang ni tak laku. Tak terasa ke membazir masa dan duit korang bila berkapel semasa belajar ni? Tak terfikir ke??

So, setelah korang bace entri ni, korang still rasa relevan ke berkapel semasa belajar ni?? Cer jawap cer jawap. heh, atau lebih baik korang kahwin masa belajar jela kalau dah tak boleh tahan sangat nafsu tu.

-Habis dah-

Katanya orang yang masuk universiti ni orang pandai-pandai. So korang fikirlah sendiri baik buruknya. =)
aku da insaf.-
free comment droppin' cek adek/abg^^  

2 comments:

  1. sincere from my small heart laa an, ak twu bnda ny lma dh; bahawasanya kapel tuu mmg mmbawa trouble n nyusahkn dn ak xrsa ak perlu kapel. sbb tuu ak x kapel till now. nyusahkan otk ak jaa. sempit lubang idung nk bnafas!

    ReplyDelete
  2. hang tau tapa . aku pon baru sedar yang aku tak perlu semua tu . aku belom lagi berjasa nan parent aku nak becinta dah . so , aku rasa no need lha . cinta ni memang perlu tapi ada batas n had umor . we're too young for this ~' n aku rasa Allah SWT is saving me for the rite n realy lucky person in the world . i guess . so , i'll wait for him ja lha . hahass . #god save me n my bff sarah on ur rite path* ameen

    ReplyDelete