Sunday 1 July 2012

Ntah lhah



Dulu, kumpulan kami mempunyai keahlian anggota lebih kurang seramai 10-15 orang. Dari masa ke semasa, ahli semakin berkurangan seiring dengan perubahan cuaca. Cuaca yang cerah langsung mendung dan membuakkan titis-titis hujan dan hampir menjadi ribut petir. Maka, ahli berpecah ke sana sini. Ada yang membawa haluan masing-masing sehingga hubungan yang erat menjadi renggang. Kasih yang ranum kian busuk.
Ntah apa silapnya, ntah langkah apa yang sumbang, tali ikatan yang megah bersimpul terlerai. Manusia, tak pernah sekali sentiasa betul. Manusia, pasti ada salah yang tertulis. Manusia tak pernah sekali berpuas hati. Manusia pasti akan tidak berpuas hati.
Ikatan atas nama 'geng sekepala' itu pudar dan hanya tinggal 'kawan biasa-biasa'. Tiada lagi susah senang dikongsi bersama.
Akhirnya dari jumlah yang banyak, yang erat hanya tinggal LIMA .

Aliya , apa pun yang terjadi . berjalan lah tanpa henti . TERUSKAN



No comments:

Post a Comment